Monday 30 May 2011

It's All About Money


" Aku nada masa!"

" Sibukku, nada masaku kan membuat perkara yang lain!"

" I ain't got no time for you!"

Pernah dengar ke all the above sayings? Apologies for the harsh statements above, it's Bruneian Dialect.

Jutawan Masa

Seorang manager Bank yang bernama MASA sangat bermurah hati untuk memberi banyak wang kepada setiap pelanggan yang melanggan MASA.

Kemurahan hatinya itu sampaikan beliau sanggup memberi setiap seorang sejumlah wang yang bernilai $86 400 setiap hari.

Dengan syarat :

1) Semua orang akan diberi wang berjumlah $86 400 SETIAP HARI tidak kira orang berpangkat rendah, pangkat tinggi, kaya, miskin, dan sebagainya.

2) Semua orang boleh berbuat apa sahaja dengan wang tersebut dalam masa sehari.

3) Baki duit yang tidak digunakan akan sendirinya EXPIRED. Bermaksud, kalau tidak digunakan, wang tersebut tidak dapat digunapakai pada keesokkan harinya. (Rugi kan kalau inda dipakai)


Masha Allah!! Murahnya hati manager Bank MASA. Kalaulah ada orang yang pemurah macam tu kat dunia ni, amanlah duniaa..... But guess what? WE are given that amount of money EVERY DAY!

"Eh betul ke? Sape yang bagi?"

"Eh bebanar dehh? Inda ku pernah tedangar pun ada urang yang kaya berabis cematu, 86 400 ringgit bh tu yo! Adakann??"

Na'am! Betul! Yes!

Tanpa disedari, kita adalah pelanggan Bank MASA itu. Dan manager bank tersebut bukanlah makhluk, bukanlah jin tetapi Allah SWT.

Allah SWT beri kita 24 jam sehari yang bersamaan dengan 86 400 saat setiap hari. Berapa banyak masa yang tidak di isi dengan baik? RUGI sangat lah orang-orang yang mensia-siakan nikmat Allah SWT ini.

So Ladies and Gents out there, jangan pernah kita pertikaikan kenapa Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, jangan pernah pertikaikan kenapa sedikit sangat duit yang kita terima setiap bulan, bukankah semuanya itu datang dari Allah?

Seringkali keluar dari mulut kita tanpa disedari, "Eh, boring jua hari ani. Nada kan dibuat!"

Dah hafal surah-surah lazim ke? Dah hafal satu juzuk Quran ke? Macam mana dengan 30 juzuk Quran?

Sedangkan Allah sudah memberi 86 400 saat untuk kita manfaatkan setiap hari. Benarkah tiada masa? Benarkah?

" Maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan?" [55:55]

Peringatan untuk diri yang hina dina ini dan barulah antum semua yang membaca. Masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki, seekor kambing yang bersendirian akan mudah di baham oleh seekor serigala.

Best Regards,
Almonds

No comments:

Post a Comment