Friday 28 October 2011

Qalbi Yunadi

Hati


Hati bukanlah senang untuk dikontrol. Perlu kepada mujahadah yang sangat-sangat menduga. Tapi andai kita berjaya bermujahadah melawan arus, ganjaran yang Allah berikan sangatlah berbaloi dibanding dosa yg menanti apabila kita tidak berusaha melawan arus. 


Seperti raja yang memerintah. Andai raja itu seorang yg baik, maka negeri yang diperintah akan menjadi sebuah negeri yang baik. Andai raja itu seorang yang jahat, maka negeri yang diperintah akan menjadi sebuah negeri yang jahat. Ketahuilah raja yang memerintah dirimu adalah secebis daging yang bernama HATI. 


"Ketahuilah bahawa dalam tubuh itu ada seketul darah beku, apabila baik darah itu maka baiklah segenap batang tubuh, dan apabila binasa ia maka binasa pulalah seluruh batang tubuh. Ketahuilah iaitu hati." [HR Bukhari dan Muslim]


Andai dirimu dilanda gelombang hati yang tersangat memerlukan kepada mujahadah, beristighfarlah, dan berzikir. 


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." [13:28]


Sungguh hati ini sangat tenang apabila menyeru namaMu Ya Rabb. Luar biasa!


"Dialah Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, maka SEMBAHLAH Dia dan berTEGUH HATILAH dalam beribadah kepadaNya." [19:65]


Subhanallah. 


Kebetulan seorang teman yang setia disisi memberikan kata-kata semangat yang sangat menggambarkan lukisan dihati ini.



Tetap tertawa walau sebenarnya aku ingin menangis,
Tetap tersenyum walau sebenarnya aku kecewa,
Tetap kuat walau sebenarnya aku sudah tidak sanggup lagi,
Tetap semangat walau aku tertekan oleh masalah,
Dan yang terpenting tetap sabar dan memandang segalanya baik-baik saja,
Walau sebenarnya hatiku lemah dan sedang terluka,




Monday 30 May 2011

It's All About Money


" Aku nada masa!"

" Sibukku, nada masaku kan membuat perkara yang lain!"

" I ain't got no time for you!"

Pernah dengar ke all the above sayings? Apologies for the harsh statements above, it's Bruneian Dialect.

Jutawan Masa

Seorang manager Bank yang bernama MASA sangat bermurah hati untuk memberi banyak wang kepada setiap pelanggan yang melanggan MASA.

Kemurahan hatinya itu sampaikan beliau sanggup memberi setiap seorang sejumlah wang yang bernilai $86 400 setiap hari.

Dengan syarat :

1) Semua orang akan diberi wang berjumlah $86 400 SETIAP HARI tidak kira orang berpangkat rendah, pangkat tinggi, kaya, miskin, dan sebagainya.

2) Semua orang boleh berbuat apa sahaja dengan wang tersebut dalam masa sehari.

3) Baki duit yang tidak digunakan akan sendirinya EXPIRED. Bermaksud, kalau tidak digunakan, wang tersebut tidak dapat digunapakai pada keesokkan harinya. (Rugi kan kalau inda dipakai)


Masha Allah!! Murahnya hati manager Bank MASA. Kalaulah ada orang yang pemurah macam tu kat dunia ni, amanlah duniaa..... But guess what? WE are given that amount of money EVERY DAY!

"Eh betul ke? Sape yang bagi?"

"Eh bebanar dehh? Inda ku pernah tedangar pun ada urang yang kaya berabis cematu, 86 400 ringgit bh tu yo! Adakann??"

Na'am! Betul! Yes!

Tanpa disedari, kita adalah pelanggan Bank MASA itu. Dan manager bank tersebut bukanlah makhluk, bukanlah jin tetapi Allah SWT.

Allah SWT beri kita 24 jam sehari yang bersamaan dengan 86 400 saat setiap hari. Berapa banyak masa yang tidak di isi dengan baik? RUGI sangat lah orang-orang yang mensia-siakan nikmat Allah SWT ini.

So Ladies and Gents out there, jangan pernah kita pertikaikan kenapa Allah tidak memberi apa yang kita mahukan, jangan pernah pertikaikan kenapa sedikit sangat duit yang kita terima setiap bulan, bukankah semuanya itu datang dari Allah?

Seringkali keluar dari mulut kita tanpa disedari, "Eh, boring jua hari ani. Nada kan dibuat!"

Dah hafal surah-surah lazim ke? Dah hafal satu juzuk Quran ke? Macam mana dengan 30 juzuk Quran?

Sedangkan Allah sudah memberi 86 400 saat untuk kita manfaatkan setiap hari. Benarkah tiada masa? Benarkah?

" Maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan?" [55:55]

Peringatan untuk diri yang hina dina ini dan barulah antum semua yang membaca. Masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki, seekor kambing yang bersendirian akan mudah di baham oleh seekor serigala.

Best Regards,
Almonds

Semester Break

Cuti panjang untuk seluruh Institusi Tertinggi sudah bermula.  Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah! Tidak terlintas di fikiran sebelumnya untuk berjaya menempuhi 6 bulan pertama di Uni ini. Walaupun masih banyak yang perlu ku perbaiki, Alhamdulillah dengan banyaknya dorongan, motivasi, dan lebih-lebih lagi, kasih sayang dari Allah SWT, semuanya dapat ditempuhi dengan redha.

Alhamdulillah, cuti semester sudah bermula, namun urusan di Uni masih banyak untuk diuruskan. Rindu untuk mengadap muka kedua-ibu bapaku semakin menggunung, masih banyak hak-hak yang wajib ku tunaikan. Teman-teman juga menunggu hak-hak mereka untuk ditunaikan. 

Mama, Bapa, ampunkan anakmu yang belum bisa pulang menemankan hari-hari sunyi disana, duhai teman-teman tetaplah bertahan, bukan maksudku meninggalkan atau melupakan, semuanya masih di ingatan, tiada yang tertinggal. Maafkan temanmu =(

Ya Allah, berikanlah kesempatan buat hamba Mu ini untuk menunaikan hak-hak yang masih tertangguh. Semoga Engkau permudahakan urursanku dan urusan para muslimeen dan muslimah di dunia mahupun di akhirat. Berkatilah kami Ya Allah, Allahumma Ameen.

Wednesday 26 January 2011

Permulaan Yang Baru

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem

Alhamdulillah Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam serta Selawat dan Salam ditujukan khas untuk Junjungan Rasulullah SAW. Dengan izin Allah jua, terbuka jua hati ani kan buat blog, insya Allah akan diinfakkan ke jalan yang lurus insya Allah..

Let's start with a 'new semester' of my year 2011. Pertukaran yang mendadak, i would say. Sepanjang hidup, nda pernah rasanya ana kan tukar2 sekulah, right from my primary school sampai high school, nda pernah tukar2, but nda semena2, at uni level, i had to move to other uni, although they are juat near to each other. But Alhamdulillah the 'hijrah' i made from one place to another place, opens my way of thinking broader. I have never imagined that this is the life that Allah has ordered me to.

Segala rahsia Allah tu amat indah kalau kita flash back. Semuanya tersusun rapi. Bagaikan tidak dirancang, tapi Allah lebih mengetahui. Bukankah Dia yang mencipta kitani, tentulah Pencipta lebih tahu KELEBIHAN dan KEKURANGAN satu-satu ciptaan. Insya Allah, semoga Allah menjadikan kitani diantara golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur di atas pemberiannya, Ameen Ya Rabb..

Regards,

Almonds